top of page

MASAK LEMAK LABU DAN UDANG

  • ATIKAHRAHMAN
  • Mar 15, 2016
  • 1 min read

BAHAN-BAHAN :

1) 10 ekor udang

2) 1/2-1 biji kelapa parut @ 2-3 cawan santan

3) 3 ulas bawang merah

4) 1 batang serai - diketuk

5) 1 inci lengkuas

6) 1 inci kunyit hidup

7) 3 biji cilipadi merah/hijau

8) 1 helai daun kunyit - dihiris

9) 1 keping asam keping/gelugor

10) 1 mangkuk kecil labu yang dipotong dadu

11) sedikit garam dan gula sebagai perasa

CARA PENYEDIAAN :

1) Kisar kelapa parut, lengkuas dan kunyit bersama 2cawan air panas sehingga hancur. kemudian tapiskan dan ramas ambil santan dalam 2-3 cawan.

2) tumbuk lumat bawang merah dan cili padi.

3) kemudian masukkan santan dan bahan yang ditumbuk, serai, asam keping, daun kunyit dan labu dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan labu empuk sambil dikacau selalu agar kuah tidak berketul. selepas labu telah empuk, masukkan udang dan balik-balikkannya supaya udang masak dengan sebati dan perasakan dengan sedikit garam dan gula.


 
 
 

Comments


© 2023 by Salt & Pepper. Proudly created with Wix.com

bottom of page